Monday 14 October 2013

Bulan peperiksaan

Oktober adalah bulan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi setiap sekolah. Bukan sahaja anak2 yang sibuk tapi ibubapa pun turut sibuk.


Pandainyer anak mama...

Sebagai ibubapa, menjadi tanggungjawab untuk memastikan anak2 membuat ulangkaji di rumah sebelum peperiksaan menjelang. Tapi anak2 kita nie kalau tidak disuruh, tidak akan bergerak. Lebih suka menghabiskan masa di depan tv atau bermain games.


Balik kerja je... kena masak untuk makan malam, kemas rumah sikit2 dan pastikan anak belajar. Penat jugakkan tugas ibubapa nie???. Siang kerja n malam pun kena buat kerja. Kadang2 jam 11.00 malam pun anak2 masih belum siap kerja sekolah. Macam mana nak buat ulangkaji pulak??? Mmmmm....


Sebab tu kalau boleh ulangkaji lah pelajaran setiap kali ada masa, 'free'. Contohnya seperti hujung minggu. Ataupun ketika anak kita tiada kerja2 sekolah yang perlu disiapkan. Bukannya nak buat banyak sangat pun. Kalau dapat setiap subjek buat 2 mukasurat pun dah cukup. Fahamkan apa yang cikgu ajar.


Jangan tak buat langsung tau... Sebab kalau tidak buat, alamatnya mana sempat nak ulangkaji semua subjek dalam masa bulan peperiksaan tu nanti. Ini akan membuatkan anak2 jadi stress dan tension dan seterusnya menghilangkan mood untuk mengulangkaji pelajaran. Jadi, fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk anak kita...



No comments:

Post a Comment