Tuesday 15 October 2013

Anak Susah Bangun Pagi

Semalam sekolah. Hari nie cuti sempena Hari Raya Aidiladha. Esok sekolah balik. Sian kepada mereka yang dalam perjalanan jauh untuk balik ke rumah semula. Aku, jam 8pm dah sampai rumah. Alhamdulillah…

Esok awal pagi dah kena bangun sebab nak sekolah. So, malam nie kena tidur awal la supaya penat siang tadi boleh cover. Kalau tidur lewat, tau2 je la… Mesti meragam. Kalau anak sorang boleh lah kawal. Kalau anak 3 atau 4 orang, mau kita pun naik angin sekali. Hihihi…

Kak Alia bangun… Kak Uyeen bangun… Dah kul 6 nie. Cepat2… Nanti tak sempat nak sarapan. Kak Alia mandi kat bawah. Kak Uyeen mandi kat atas je. Dah siap mandi jangan lupa ambil wuduk. Itu lah ayat yang biasa aku gunakan. Kalau boleh rakam memang dah ragam. Esok pagi set kan ajer kul 6am terus berbungi… Hihihi… Tapi tak boleh. Kena kejutkan dengan tangan juga baru boleh bangun.

Kat sini aku nak kongsikan tips2 bagaimana untuk  mengatasi masalah anak susah bangun pagi.


1. Perhatikan perilaku tidur anak.
Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk. Tengok dan fikir balik, apa yang menyebabkannya anak kita susah tidur. Pastikan anak menghindari minuman yang mengandungi kafein di waktu petang dan malam hari.

2. Pastikan tidur dengan kadar waktu yang betul.
Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai dari jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.

3. Cuba cara yang berbeza membangunkan anak anda.
Boleh menyalakan alarm. Selain tu, dengan cara menghidupkan lampu juga mampu membangunkan anak paling tepat. Lepas tu kita mengguncang-guncangkan badan dia. Jangan marah-marah kerana ini boleh menghilangkan mood anak-anak untuk ke sekolah.

4. Buat sarapan.
Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu teknik agar anak tidak malas bangun pagi . Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak ”Kalau Aiman cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak penut butter dengan jelly” pasti akan menarik perhatian anak untuk lekas bangun.

5. Tanggung jawab ibubapa.
Jika anak susah untuk bangun pagi karena selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton tv, bermain games atau lain-lain. Bila lambat bangun lambatlah pergi ke sekolah. Disinilah tanggung jawab ibu bapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton tv dan bermain. Ibu bapa mestilah bertegas dalam hal ini.



Monday 14 October 2013

Bulan peperiksaan

Oktober adalah bulan untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi setiap sekolah. Bukan sahaja anak2 yang sibuk tapi ibubapa pun turut sibuk.


Pandainyer anak mama...

Sebagai ibubapa, menjadi tanggungjawab untuk memastikan anak2 membuat ulangkaji di rumah sebelum peperiksaan menjelang. Tapi anak2 kita nie kalau tidak disuruh, tidak akan bergerak. Lebih suka menghabiskan masa di depan tv atau bermain games.


Balik kerja je... kena masak untuk makan malam, kemas rumah sikit2 dan pastikan anak belajar. Penat jugakkan tugas ibubapa nie???. Siang kerja n malam pun kena buat kerja. Kadang2 jam 11.00 malam pun anak2 masih belum siap kerja sekolah. Macam mana nak buat ulangkaji pulak??? Mmmmm....


Sebab tu kalau boleh ulangkaji lah pelajaran setiap kali ada masa, 'free'. Contohnya seperti hujung minggu. Ataupun ketika anak kita tiada kerja2 sekolah yang perlu disiapkan. Bukannya nak buat banyak sangat pun. Kalau dapat setiap subjek buat 2 mukasurat pun dah cukup. Fahamkan apa yang cikgu ajar.


Jangan tak buat langsung tau... Sebab kalau tidak buat, alamatnya mana sempat nak ulangkaji semua subjek dalam masa bulan peperiksaan tu nanti. Ini akan membuatkan anak2 jadi stress dan tension dan seterusnya menghilangkan mood untuk mengulangkaji pelajaran. Jadi, fikir-fikirkan apa yang terbaik untuk anak kita...



Tuesday 8 October 2013

Gingko Biloba



Ekstrak ginkgo biloba yang digunakan dalam ujian klinikal mengandungi dua kumpulan fitokimia iaitu flavonol glikosid (melawan aktiviti antioksida) dan terpene laktone (memberi kesan pencairan darah). 
Unsur bilobalide, salah satu daripada pecahan terpene laktone juga berfungsi untuk mengaktifkan neuron otak dan ini bagus dalam membantu pembelajaran dan menguatkan ingatan.
Walau bagaimanapun, ekstrak ini mahal harganya dalam dunia perubatan. Ada sesetengah syarikat pengeluaran makanan tambahan terpaksa mengurangkan kandungan ginkgo biloba untuk menjimatkan kos. Lebih teruk, produk mereka mengandungi ekstrak ginkgo biloba yang kurang berbanding yang tertera di label. Oleh itu, pastikan anda memilih jenama yang dipercayai.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2h6LQZet2
Hakcipta terpelihara 


Sunday 6 October 2013

Pemakanan Tingkatkan Keupayaan Otak

Oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad





Pemakanan yang berkhasiat , berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser, tetapi ia turut merangsang otak yang subur.

Seorang pensyarah dalam bidang neuro surgeri di University of California, Los Angeles (UCLA) iaitu Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stress dan gangguan emosi.


Ramai ibubapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Hasil kajiannya mendapati kesan peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada tahun 2009, kajian yang telah dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia 4 tahun menyumbang kepada masalah tingkahlaku dan hiperaktif.


Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunnah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30.


Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam Al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam arab iaitu manna, zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.


Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah:

  • Menyuburkan sel-sel otak.
  • Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.
  • Menstabilkan frekuensi minda.
  • Memberikan ketenangan.
  • Meningkatkan keupayaan mengawal emosi.
  • Terang hati dan mudah faham.
  • Melembutkan hati yang degil.
  • Cepat ingat dan pantast berfikir.
  • Meningkatkan semangat belajar.
  • Memudahkan hafalan.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah.

JuzQ30 ini boleh di ambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur.



Dapatkan JuZQ30 sekarang.
Call/sms/whatsapp 019-7294000
Email : m_ardiana@yahoo.com


Saturday 5 October 2013

Mengapa Yahudi Bijak

sumber : http://ustazmoden.wordpress.com/2010/03/16/rahsia-kenapa-yahudi-bijak/

Mengapa Yahudi Bijak? Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam. 

Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam. 


Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka. 


Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.


Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian. Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa? 


Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya. Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w. Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. 


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? 


Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. 


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. 


Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliauseterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliaumembuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. 


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembanganotak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. 


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.


Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. 


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). 


Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. 


Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. 


Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara. 


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagiianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. 


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. 


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. 


Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. 


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. 


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! 


Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nyanegeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! 


Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segeraterbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. 


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi ygbijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato???


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.





Iklan JuzQ30

RAHSIA anak PINTAR terbongkar.

Dapatkan JUZQ30 sekarang.




Thursday 3 October 2013

Makanan & Otak

Arkib 22/09/2013
Mingguan Malaysia

Pemakanan tingkatkan keupayaan otak

PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak.

Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi.

Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak.

Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka.

Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.
Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.

Maka jelas sekali bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang.
Menurut, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang.
Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat.
Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30.

Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis. Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf al-Quran.

Kalau sebelum ini ibu bapa mengambil ikhtiar dengan memberikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan minum air kosong yang telah dibacakan dengan Surah Yasin, kini dengan adanya JuzQ30, ia bukannya air kosong tetapi kandungan pemakanan yang mengandungi lebih daripada 10 bahan yang bagus untuk otak dan diterapikan pula dengan 30 juz al-Quran.

Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah:
* Menyuburkan sel-sel otak.
* Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.
* Menstabilkan frekuensi minda.
* Memberikan ketenangan dan
* Meningkatkan keupayaan mengawal emosi.
* Terang hati dan mudah faham.
* Melembutkan hati yang degil.
* Cepat ingat dan pantas berfikir.
* Meningkatkan semangat belajar.
* Memudahkan hafalan.
* Membantu melancarkan perjalanan darah.

JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur.



Dapatkan JuZQ30 sekarang.
Call/sms/whatsapp 019-7294000
Email m_ardiana@yahoo.com